Apa fungsi Ketostick?
Istimewanya program penurunan berat badan bersama Alpha Lipid Slim Diet 2 ini anda dapat mengukur tahap pembakaran lemak dengan menggunakan KETOSTICK.
Di mana boleh dapatkan Ketostick?
Anda boleh dapatkan ketostick ini dari Syarikat atau pengedar. Harga ketostick RM20 untuk 50 strips. So, boleh guna banyak kali.
Mengapa anda memerlukan Ketostick?
First, mari kita belajar Sains sikit. Apabila kita sedang menjalani program Alpha Lipid Slim Diet 2 ini, lemak di dalam badan kita akan terurai kepada 3 komponen iaitu:
1) Tenaga
2) Ketone
3) Air ( dinyah melalui air kencing/ peluh)
Jadi, Ketostick ini berfungsi untuk menguji kehadiran ketone yang dinyahkan dari tubuh kita melalui urine.
Bagaimana cara menggunakan Ketostick?
Ujian Ketone boleh dilakukan pada hari ketiga selepas pengambilan AL Slim Diet 2. Biasanya ujian lebih efektif dilakukan pada waktu pagi.
Ambil 1 strip ketostick dan celupkan bahagian yang ada kapas pada urine. Tunggu sebentar untuk melihat perubahan warna pada kapas tersebut.
Jika warna Putih: Pembakaran lemak tidak terjadi (-ve). Anda telah mengambil karbohidrat secara berlebihan. Maka anda harus mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk hari-hari berikutnya.
Jika warna Pink: Pembakaran lemak terjadi secara optimum (+ve). Teruskan program diet anda!!!
Jika warna Purple: Anda kekurangan karbohidrat atau kekurangan air.
Kesimpulannya di sini, anda mampu mengukur tahap pembakaran lemak anda setiap hari. Mudah kan? Program diet lain tak ada benda-benda macam ni.

No comments :
Post a Comment